Sarah kini dah pandai merajuk. Kalau ada yang dia tak suka atau tak puas hati, dia akan jeling je kat orang tu.
Tapi dia penyayang. Selalu teringat pada abang dia, Adam. Bangun pagi-pagi mesti nak gerakkan Abang... "Babam, Babam," sambil dia tepuk-tepuk punggung Abang. Bila nak tidur pula Sarah akan minta orang lain untuk tepuk-tepuk punggung dia sampai dia terlena.
Yang susahnya Sarah ialah apabila dia mengantuk sangat dan tak dapat nak tidur. Masa tu mesti nak terjerit-jerit menangis.
Mummy pula tak puashati dengan Sarah kerana walaupun Daddy selalu tinggalkan mereka kerana kerja, tapi tiap kali nampak Daddy mesti Sarah peluk lebih dari peluk Mummy.
Baru-baru ni Daddy baru dapat tahu yang Daddy ada salasilah keturunan Cina... entah betul ke tak. Kalau dilihat pada muka Sarah, ada la ala-ala amoi gitu, hehehe. Tapi anak-anak Mak Nik (Kak Lia) memang semua muka macam Cina, mata pun sepet.
Sarah sepet tak? Huhuhu... Hidung je kembang. Bila puji ni, lagi la kembang.
Nanti Daddy hantar belajar ke sekolah Cina ya.
0 ulasan:
Catat Ulasan