Khamis, Januari 21, 2010

Adik baru baik dari demam

Hampir empat hari Adik tak selesa. Demam la katakan. Tapi dalam demam tu pun, Mummy dan Daddy sempat bawa Adik ke Sunway Lagoon bersama Abang Adam. Mujur masa kat Sunway Lagoon tu, demam Adik dah kebah sikit. Cuma Mummy dok jaga Adik je la, tak mandi dengan Abang Adam.

Lepas mandi, kita jalan-jalan dalam Sunway Pyramid pulak. Selesai shopping, kita balik ke rumah Atuk.
Bila kat rumah Atuk dan Nenek, barulah demam Adik betul-betul baik. Adik dah boleh senyum, boleh ketawa, boleh tidur lena.
Nanti bulan 3, kita sambut hari lahir Adik kat tempat istimewa juga, ya!

0 ulasan:

Catat Ulasan