Jumaat, September 25, 2009

Raya pertama buat Sarah

Dalam orang ramai berlumba-lumba membeli pakaian di pasaraya, Sarah masih belum mengenali erti hari raya. Yang Adik tahu, tersengih apabila orang main-main dan senyum-senyum kat Adik. Menangis apabila nak makan atau susu. Dan tidur apabila kekenyangan.
Adik juga suka berada di dalam Exora. Bukan sahaja Adik, Abang Adam pun sama. Sebaik melangkah masuk ke dalam Exora, tak sampai sepuluh minit perjalanan, pasti Adik dan Abang tertidur. Ye la, selesa la katakan. Dengan aircond nya, dengan henjutan absorber nya bak buaian, Exora ibarat rumah kedua buat Abang dan Adik.

Di pagi raya, Mummy pakaikan Adik dengan pakaian yang cantik-cantik. Tapi Adik pula terlena di sofa Nenek.
Sedangkan Abang Adam sibuk 'bertempur' dengan saudara-saudara yang lain. Adik nanti jangan nakal-nakal macam Abang ya. Adik duduk jaga kesopanan dan kontrol ayu jer.
"Abang beraksi pengsan seolah-olah dipukul oleh Ultraman."
Bila petang, Adik dah terjaga semula. Mujur hari raya pertama tu kita sekeluarga tak ke mana-mana, duduk kat rumah je. Semoga tahun hadapan Adik dah pandai berjalan dan bergembira.
Kita tunggu...

0 ulasan:

Catat Ulasan