Jumaat, Mei 20, 2011

Khamis, Mei 19, 2011

Sarah jadi Princess

Sarah selalu ikut Abang Adam. Abang nak itu, Sarah pun nak. Abang buat itu, Sarah pun buat. Sarah sayang Abang Adam ya?





Tiap kali Sarah berjalan, pasti tangan tak henti selak rambut depan. Tiap kali turun tangga, mesti Sarah kata, "Mummy, macam ni..." sambil selak rambut. Nak jadi princess ya...

Selasa, April 19, 2011

My sweet Angelina Jolie

Gambar terbaru Sarah... Sarah jadi model untuk Daddy.
Mudah untuk Daddy arahkan buat itu dan ini. Tapi nak ukir senyum tu amatlah payah.
Model yang serius dalam bidangnya... hehehe.
Tapi kalau dah menangis, lagi la serius...
"Tak nak kawan Daddy!" Itulah ayat Sarah kalau dah menangis.

Antara dialog lain...
Daddy: Abang poyo.
Sarah: Abang poyo.
Daddy: Mummy poyo.
Sarah: Mummy poyo.
Daddy: Sarah poyo.
Sarah: Daddy poyo!

Ahad, Februari 06, 2011

Sarah dapat adik

Sarah dapat adik!!! Nama adik ialah Ammar. Kalau nak tahu profil Adik, semua dijemput mengunjungi Blog Ammar.
Kakak sayang pada Ammar. Tiap-tiap hari Kakak cium Ammar. Selalu Kakak minta pangku Ammar dekat riba Kakak.
Cuma Kakak selalu pukul Abang Adam. Pukul sebab tak mahu mengalah dengan Adam. Adam larang tapi Kakak tak mahu dengar. Kesian Abang.
Tapi Daddy dan Mummy tahu, Kakak begitu sebab Kakak adalah seorang yang berdikari. Kakak selalu buat ikut suka Kakak.
Ingat ya Sayang, mesti selalu jaga diri. Abang Adam adalah abang Kakak. Dia sentiasa nak jaga Kakak. Dia sayang pada Kakak dan Ammar. Jadi bila besar nanti, mesti sentiasa dengar cakap Adam tau.

Sabtu, Januari 08, 2011

Mummy punye...

Minggu ni Mummy terpaksa dimasukkan ke wad di Hospital Kuantan. Jadi Adik dengan Abang Adam akan tinggal dengan Daddy selama itu. Tapi kelmarin Adik taknak ikut Daddy balik rumah. Adik nak duduk rumah Mak. Jenuh Daddy ajak balik, tapi Adik taknak jugak.

Takpe, ada lori ada bas...

Hari ni pula Daddy bawa Adik dengan Babam jumpa Mummy di hospital. Kesian tengok anak-anak Daddy, berkepit je dengan Mummy. Masa dua jam yang kita habiskan bersama Mummy tadi sekejap sangat rasanya.

Bila balik ke bilik hotel tadi, Adik terus tidur. Bangun tidur kita makan malam sama-sama. Masa makan tu Adik asyik sebut, "Mummy, Mummy punye..."

Esok kita jumpa Mummy lagi ya, Sayang. Adik tidur awal-awal malam ni supaya cepat bangun pagi esok.
p/s Muka Adik yang luka sana sini semasa balik ke kampung. Luka akibat lasak sangat, asyik terjatuh je.

Rabu, November 17, 2010

Sarah the Energetic

Tak tahu apa yang membuatkan Sarah energetic... Tapi seronok melihat keletah dia. Tak kira di mana-mana, pasti dia nak berjalan sendiri. Dah tak peduli dah panggilan Mummy atau Daddy.
Ni selamber badak je Sarah masuk kat almari masa kat hospital... Babam suruh Sarah keluar pun tak mau dengar cakap ya.
Ni pula masa makan steamboat kat restoran. Mummy terpaksa benarkan Sarah makan sendiri sebab asyik kacau atas meja je.
Kalau tengah orang ramai lalu-lalang pun Sarah tak peduli. Babam pun tak berani nak jalan jauh-jauh dari Mummy dengan Daddy. Tapi Sarah menonong jer jalan. Huhuhu...
Sarah bakal dapat adik nanti. Jangan nakal-nakal tau. Kena jaga Adik elok-elok. Sarah dengan Babam tolong Mummy jaga Adik. Kena selalu dengar cakap Mummy dan Daddy. Selalu gembirakan kami ya.

Mummy: Sarah, tengok Babam dah tidur. Sarah naik atas tidur ya.
Sarah: Tak nok, bluweek!

Sarah permata hati Daddy dan Mummy... we love you.

Sabtu, Oktober 09, 2010

Piknik

Hari ni Mummy dengan Daddy bawa Sarah dengan Adam piknik ke Pantai Teluk Penyabung. Daddy dah kena selesema selepas mandi laut.
Sarah suka main buai. Tengah kami mengemas barang sebelum balik, tiba-tiba baru perasan Sarah tak ada. Rupa-rupanya Sarah jalan seorang diri menuju ke buai!
Sambil naik buai, Sarah akan menyanyi... "Buai, buai."
Sarah dengan Abang tengok kerang kat pantai.
Besarnya hidung... ikut siapa ya?